Followers

Thursday, January 20, 2011

yeahhh yeaahhh yeahhhh!!!
kita dah nak 18 tahun lah awak..AHAHAHAH
kecoh lebih dahh...
baru 18 tahun laahh..muda lagi oke..
esok aku tak nak sedih2 taw..
nak happy2 makan kek coklat!


jutaan terima kasih kepada IBU dan AYAH tercinta sebab dah besarkan saya selama 18 tahun..
tak terbalas jasa baik dan budi serta wang ringgit yang telah awak berdua korbankan ke atas saya <3<3
i love both of you ribu2 time lah!! =]

P/S: nak hadiah malam nanti tepat pukul 12 taw!! heheheheh =D

mood : excited terlebih~!!



Sunday, January 16, 2011

 Ivan Alexander


sahabat..aku rindu kau sangat-sangat.. dulu masa aku susah, masa aku menangis, kau selalu ada dengan aku.. sekarang kau dah jauh.. macam tak de tempat melancong plak kat malaysia ni sampai sebulan kau nak melangok kat dubai n england sana! kau balik la seremban cepat..

sumpah aku perlukan kau sangat-sangat... aku perlukan kau macam dulu-dulu.. aku menangis, kau bagi aku semangat.. aku ketawa, kau ketawa.. kau menangis, aku sedih.. kau ketawa, aku gembira.. jujur aku tak pernah kesah kau lelaki, aku perempuan.. bagi aku berkawan baik sama ada dengan lelaki dan perempuan sama saja kan?? asalkan pandai jaga dri ..tapi jujur kadang-kadang terfikir jugak, kenapa lah kau ni bukan perempuan.. kan senang sikit nak over nite over nite rumah masing-masing ..

kau lah sahabat aku yang kenal aku luar dan dalam.. aku bersyukur sangat ada kawan macam kau.. aku sanggup bersusah senang dengan kau mcam mana kau sanggup bersusah senang dengan aku.. berkawan dengan kau umpama menjalinkan silaturahim antara adik-beradik.. kaulah sebahagian dari keluarga aku..

walaupun kau bukan melayu, bahkan serani.. bagi aku berlainan agama dan kaum bukan lah pernghalang bagi aku untuk  berkawan..aku sangat terbuka dan mengamalkan kosep 1 malaysia . =p kau juga tahu aku pernah kecewa dulu dengan kawan baik aku sehingga dunia aku terasa gelap .. kau tahu aku seorang kawan yang setia pada sahabatnya.. kau buktikan yang kau memang seorang kawan yang ikhlas dan jujur... kau tak mahu aku menangis lagi  ..lebih-lebih lagi soal cinta.. kaulah sahabat aku sampai bila-bila... terima kasih sahabat,, <3


mood : kempunan coklat ..hmmmm



Tuesday, January 11, 2011

 Manusia Berubah


kenapa orang tak nak hargai apa yang aku buat?? susah sangat ke?? aku tak mintak pembalasan. aku cuma nak orang hargai aku..layan aku dengan elok pon dah cukup aku rasa.. kenapa masa kau perlukan teman borak, perlukan aku masa kau susah?? dan pernah tak aku mengelak?? aku cube sedaya upaya untuk menjadi pendengar setia.. menjadi sahabat sejati.. sebab aku hormati dan hargai cara kau layan aku...

aku bukan nak mengungkit segala hal dan peristiwa yang dah jadi..tapi sekejam-kejam aku, aku punya sifat hormat dengan orang... rasa bersalah dengan orang.. aku tak suka nak bermusuh dengan orang, lebih-lebih lagi dengan kau yang pernah jadi sebahagian dalam hidup aku.. aku terhutang budi dengan kau.. sebagai balasan, aku sentiasa berbaik dengan kau... aku nak kau bahagia walaupun bukan dengan aku lagi..

tolonglah.. jangan patahkan semangat aku untuk teruskan hidup.. aku memang dah boleh bangun dari belenggu hidup tergantung dengan kau.. layan lah aku seperti kawan-kawan kau yang laen... aku x mintak lebih... sebab aku tak ada hak nak minta mcam tu... aku pon dah tak nak hidup dengan kau.. aku tahu kau dah ada pengganti aku.. tak perlu pengakuan kau atau penjelasan dari kau.. aku kenal kau dalam dan luar.. aku tahu kesukaan dan kebencian kau..

aku tahu aku tak baik.. dekat mata kau akulah perempuan paling jahat dan kejam.. aku tahu kau dah lupa segala hal tentang kita.. aku tahu kau dah lupa semuanya tentang aku.. tapi aku tahu, kau takkan lupa cara aku buat kau rasa perasaan CINTA tu... biarlah tak ada satu pon perkara baik tentang aku yang kau ingat sebab itu semua akan menyakitkan hati aku dan kau...


mood : hug me before you leave please..

Sunday, January 9, 2011

Life is so unpredictable


hidup aku tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata..dulu bagi aku hidup ni senang je..cuba benda baru dan belajar benda baru adalah sangat hebat..istilah aku dulu 'jahat-jahat aku pon aku sembahyang'.. aku rasa aku tak jahat..nakal mungkin.. tapi sampai bila aku nak guna istilah tu? sampai mati? pahala sikit dosa banyak..

kalau tuhan bagi aku sekali je peluang untuk aku jadi seorang manusia yang sempurna, lahir2 je aku akan jadi anak yang solehah, tak lukakan hati orang yang aku sayang..semua tu mustahil lah...mana ada manusia sempurnakan??mungkin sekarang aku hanya tunduk ke bawah dan malu untuk mendongak..

terlalu banyak benda yang aku rancang dalam hidup aku.. aku tahu sekadar merancang tak kan membuah kan hasil..aku perlu bertindak..aku mahu berubah..walaupun semua cakap aku dah berubah sejak kebelakangan ni..aku tak nak ambil peduli sama ada aku berubah menjadi 'good to worst or worst to better' sebab aku dah tak nak pandang belakang..! tapi yang aku tahu aku nak jadikan hidup aku lebih bermakna lepas ni..

untuk apa kita tunjukkan kelemahan kita kepada mereka yang mentertawakan kita?? biar lah orang nak kata aku berpura-pura..kau tak kenal aku sape.. tapi semua tahu aku kuat.. mungkin aku pernah jatuh.. jatuh yang teramat sangat sampai aku tak sanggup dan tak larat nak bangun.. syukur...kejatuhan aku tu yang membangunkan aku..

aku tahu tak semua orang dapat nikmat hidup bahagia kerana hidup ni tak dapat kita jangka.. tapi jangan lah terus jatuh dan hanyut dengan kesilapan yang kita lakukan atau berdendam dengan orang yang lakukan kesilapan dengan kita.. berlagaklah seperti kau dah pon bangun dan sedang bahagia seperti mereka2.. kemenangan akan berpihak pada kita.. itu yang selalu aku buat dan aku rasa aku berjaya !!

biarlah orang tak nampak perubahan aku, keikhlasan aku.. aku dah sedaya upaya untuk betulkan hidup aku.. aku dah tak nak terlalu merancang benda yang tak pasti.. aku nak buat benda yang akan pasti.. kalau aku terlalu memikirkan soal hidup kau, kau ataupun kau, mcam mana dengan hidup aku ?? ko dapat predict life aku?? aku mahu menjadi orang yang 'caring and sharing' dan aku harap benda yang sama dengan semua orang.. biarlah positif tu datang dari kita dan negatif tu datang dari syaitan..AMINN....

mood : teringat zaman kanak-kanak =]


Thursday, January 6, 2011

yes you..the one i love the most..
im sorry i da hurt you from the bottom of your heart..
im sorry if u think dat i dah mainkan cinta you..
its true that 'WHAT GOES AROUND COMES AROUND'..
i've never appriciate ur appearance...
i ego..
i sombong..

seriously..
i dont really want to say goodbye.
i dont really want to leave you..!!
but now i have to go away..
stay away from you forever..

i nak move on
dan tunggu tajuk baru dalam dunia i
i nak lihat senyuman baru dalam hidup i

apa yang kita go through..
was something special :)
deep down from our hearts
but now i have to go away..
and leave you from my heart.

i dah boleh bangun dari dunia gelap i
i dah tahu yang kita memang takkan together lagi
i nak berdikari, gembira dan jauh dari cinta
kalau you boleh, i 100x lagi boleh kan ?

hari ni, saat ni, jam nih..
i delete all of our memories..
i will move on and never turn back
my past is a bullshit



mood : aku bangkit kembali


Tuesday, January 4, 2011

Cinta Itu Indah



Cinta itu cuma tertawa dan air mata. Terkadang membuat kita tersenyum-senyum seperti orang gila, kadang juga malah membuat wajah kita muram dan hilang semangat untuk hidup. Dan yang lebih parah lagi, ada juga orang-orang yang memilih mengakhiri jalan hidupnya hanya karena cinta.

ternyata cinta itu indah.nabi Adam termakan buah larangan kerana cinta. semuanya kerana indahnya cinta. orang yang bercinta bagaikan berada di dalam satu dunia mereka tersendiri... apa yang pasangannya buat untuknya semua dianggap sebagai istimewa.

cinta bukanlah Tuhan,tapi cinta adalah alat untuk manusia kenal Tuhan. cinta itu dadah, guna sedikit untuk kebaikan tapi terlebih guna jadi sengsara.. cinta itu duit, ada sedikit hidup selesa tapi ada banyak keselamatan terancam. cinta itu makanan,makan sedikit untuk kenyang tapi terlebih makan untuk sakit.

cinta yang indah adalah sebuah komitmen, tanpa bosan, ikhlas dan tak lekang oleh waktu. cinta yang terkadang memerlukan ketulusan untuk berkorban, bahkan untuk disakiti. misalnya, pasangan serasi yang merupakan hasil dari cinta lama bersemi kembali. kesedihan, rasa putus asa, dan kekecewaan kerana putus pernah terjadi pada mereka. tapi kerana cinta pula, cinta lama bersemi kembali.  mereka kembali tampak seperti pasangan serasi yang lebih dewasa.

Terlebih cinta yang indah dan tulus mampu mengubah segala hal, bahkan hal yang dirasa mustahil. Cinta yang indah penuh kesetiaan, komitmen, perhatian dan kasih sayang dan akan menjadi pengalaman indah yang susah untuk dilupakan.

mood : jiwang karat